Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke
Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman
yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat
‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat
jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof,
rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk
Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain
menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki
menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line
untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman
wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan
bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala
Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana
bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati
dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana
telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian
makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan
bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia
sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan
setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah
Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang
hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi
pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
Harga Novel Yess Boss !!
SEMENANJUNG: RM 19.00
SABAH/SARAWAK: RM 22.00
Post a Comment
Assalamualaikum ^,^ terima kasih sebab singgah kat blog saya dan silalah komen 2-3 patah perkataan :D