1. AntibakteriaAnggur merah mempunyai kandungan antibakterial dan antivirus yang kuat, sehingga dapat melindungi tubuh daripada jangkitan.
2. AsmaAnggur mempunyai kekuatan assimilatory yang dapat meningkatkan kadar air dalam paru-paru.Hal ini sangat baik bagi pesakit asma kerana dapat mengurangkan masalah sesak nafas.
3.Mencegah katarak Anggur mengandungi flavonoid yang kaya antioksidan, yang boleh mengurangkan dan melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas seperti katarak.
4.Kanser payudara Penyelidikan juga menunjukkan bahawa jus anggur yang berwarna ungu membantu dalam mencegah kanser payudara yang ketara mengurangkan massa tumor pada payudara.
5. Sembelit Anggur mengandungi asid organik, gula, selulosa yang dikenali sebagai pencahar. Manfaat ini sangat baik untuk mengatasi keluhan sembelit atau susah buang air besar.
6. Penyakit jantung Tingkat oksida nitrat dalam darah akan meningkat apabila anda mengambil buah anggur, yang bermanfaat untuk mencegah pembekuan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat menghentikan pengoksidaan kolesterol LDL yang menghalang pembuluh darah.
7. MigrainMinum jus anggur murni tanpa campuran air di setiap pagi dapat menyembuhkan penyakit migrain atau sakit kepala sebelah.
8. PencernaanApabila anda menderita gangguan pencernaan, ada baiknya anda mengambil anggur. Anggur juga baik untuk mengatasi masalah perut yang lain.
9. Gangguan buah pinggangAnggur boleh membantu menyingkirkan asid pada buah pinggang. Hal ini bermakna mengurangkan gangguan pada tekanan buah pinggang.
10. Kolesterol darahAnggur mengandungi sebatian yang disebut pterostilbene, yang mempunyai kapasiti untuk menurunkan tahap kolesterol. Saponin yang terdapat pada kulit anggur juga dapat mencegah penyerapan kolesterol.
tengs for the info
ReplyDeletetengs for the info
ReplyDeletedah komen tp line plak prob terpakse tulis lain hehehehe...
ReplyDeleteinfo kesehatan yg amat menarik dan byk lagi khasiat buah2an tempatan ni...
Ape yg sy nak share kat sini adelah berkenaan buah2an, agaknya la kan... buah2an ni dari mana asalnya?
Pernah tak dengar buah rambutan hutan, manggis hutan, langsat hutan, mangga hutan, anggur hutan?
sy suka buah aggur.. hee!
ReplyDelete