Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun .Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan dia , apa lagi yang dia boleh buat ?
"Kami nak satukan kamu denagn Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekkah."
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila 'TIDAK' bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada .Dan dia pula tidaklah pernh terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga .Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia ?
"Dia itulah ustaz di sekolah aku.Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya .Hendak dikatakan handsome,seestinya tidak .Pada aku ,dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku .Tetapi , kalau sudah ramai yang hendak mengisi borang masuk 'Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak ?Aduh ! Tidak pasal jadi kepunyaan aku pulaa."
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema ? Tapi skema ke dia kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar ?
"Cuma aku harap , kahwin ini bukan bermakna hidup aku berakhir .Well , kau tahulah kan .Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula .Mana nak belajar, nak kerja .Aku harap,everything is going to be well."
Alisa. Cita-citanya setinggi langit , cintanya masih belum pernah berputik .Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua ?Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuat cita-citanya kesampaian ?
*wajib baca novel ni :) superb sangat. perangai sang suami yang bergelar ustaz pun xseperti ustaz kerana sikapnya yang selalu menyakat Alisa .
lama dah cari novel ni tapi tak jumpa :c
ReplyDelete