Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts
COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG
Assalamualaikum , rasanya macam belum terlambat lagi untuk anis join giveaway ni :D yuhuu hadiah coklat tu , tak ada orang tolak punya kalau bg free
TAMAT 20 FEBRUARI 2014
Sinopsis : Be My Wife - Nurul Ain Syuhada
Hubungan baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untk menjadi BENCI
Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya
asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun
dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama
terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya
terhadap Hannah!
Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada
Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia
hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di
bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki
lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang
mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.
“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH
‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN
“Abang Elman yang masak?” - HANNAH
“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN
Tapi...
Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik
kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang,
Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.
Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?
REVIEW
Novel ini anis dah baca 1/3 bab di Penulisan2u dan anis sangat tertarik dengan jalan cerita yang mampu merobek perasaan .. Pelbagai ujian dan cabaran terpaksa ditempuh Hannah seorang diri tatkala suami sendiri membencinya namun perasaan benci sang suami tidak bertahan lama setelah berkahwin dengan Hannah .. Walaupun Elman tak mengungkap kat cinta namum hati Elman sangat mencintai Hannah dalam diam .. Begitu juga Hannah , kerana ego dia hanya mampu pendam perasaan . Semakin lama anis baca cerita ni semakin banyak konflik yang terjadi .. Kisah Hannah disantau bekas kekasih Elman dan bila Hannah nak bersalin anak sulung mereka , Elman berperangai pelik dengan setiausahanya dan sehingga Hannah membawa diri bersama anaknya ke luar negara .. Banyak konflik yang terjadi dan tidak pernah putus cabaran dan dugaan .. Nak tahu apa yang terjadi antara Hannah dan Elman selepas itu ??
Jom dapatkan novel , Be My Wife! karya Nurul Ain Syuhada , novelis Best Seller Cinta Kontrak . Selamat membaca semua :D
Blogku Slim
Assalamualaikum .. amboii dia , tahulah tuan dia ni keding je jadi dia pun ikut keding jugak tapi keding dia bagus , laju gitu :D nak tahu tak blog korang tu slim ke chuby ke ?? boleh lah check kat sini mialiana .. url terus ke timbang berat :D
Review | Jazz Power Bank
Assalamualaikum .. Alhamdulillah yeayy menang power bank super duper cute dari Jazz Power Bank .. woww Anis excited sebenarnya tau .. Jazz Power Bank ni macam tahu-tahu je yang Anis sangat memerlukan power bank sekarang ni .. yelah sejak jadi Usahawan yang akan berjaya ini , masa banyak dihabiskan dengan pegang telefon jelah .. Almaklumlah yang bateri telefon zama yang serba canggih ni paling lama bertahan sekitar 11 ke 12 jam je tapi lepas tu dah berbunyi minta nyawa .. haha :)
![]() |
| Anis ambil model yg ni P26 |
Mula-mula tak percaya tau tapi lepas tu Anis usha lah page beliau , tengok-tengok nama Anis Zahidi ada kat situ dan dengan kecepatan sepantas kilat Anis pun hantar lah detail Anis .. hihi gila
Review | Anis Choc Moist Cake
Assalamualaikum .. Cuba anda bayangkan , mata anda dijamah dengan kek coklat moist ?? Wahh mesti rasa nak makan bagi habiskan ?? Haa tapi kadang2 nama je kek coklat moist tapi tak moist kan ?? Kering je kek tu tapi kek coklat moist dari Anis Chocolate Melt memang superb terbaik !! Memang AZ tak nafikan .. Kek coklat yang dihasilkan oleh Anis Chocolate Melt ni melt gilerr .. Memang terasa nikmat coklatnya .. Selalunya kalau beli kek coklat moist kat kedai-kedai luar mesti rasa macam sikitkan ?? Tulis je kat bekas 100gram tapi isi kat dalam Ya Allah memang tak puas makan tapi kek Anis Chocolate Moist ini memang banyak dan penuh sebekas bentuk love tu .. Waa rasa untung dan nikmat ?? Dengan hanya RM5.00 , anda boleh dapat rasa yang sangat bestlah .. Aduhh memang jatuh cinta habis .. Kalau nak buat untuk Doorgift pun sesuai ni ..
Tengok ?? betapa penuhnya bekas love ni .. Kepada sesiapa nak merasai nikmatnya kek coklat moist ini boleh lah Whatsapp : 018-4641511 (stokis Lovely bite) atau boleh terus cari dekat facebook mereka | Anis Choc Moist | dan boleh layari website http://anisfood.com.my/ .. Selamat mencuba !!
#AZ tu means Anis Zahidi iaitu me :) nanti korang pening pulak banyak sgt "Anis" nya :p






