Berkelah di Teluk Batik, Lumut





Assalamualaikum , pada hari ahad yang lepas Anis dan keluarga pergi berkelah di Teluk Batik yang terletak di Lumut Perak .. Kami bertolak lebih kurang pukul 12 tengahari sebab nak masak makanan dulu dan tunggu kakak balik dari meniaga dari Memory Lane *sesiapa nak dapatkan sabun pencuci baju dengan harga yang murah dan wangi ,boleh cari kami di Memory Lane Ipoh setiap ahad yaa .. hihi /..







Sesampai je kami kat sana , terus cari tempat nak menapak duduk .. Memang ramai sangat orang hari itu orang yang perangai macam beruk pun ada kat situ .. Kami pun memang dah kelaparan sangat sebab tak makan tengahari lagi .. Sampai pun jam dah pukul 2 petangkan ?? so faham sendirilah azabnya .. Dah dapat tempat berkelah tu , kami pun bukalah tikar dan siapkan makanan untuk dimakan .. Kakak ipar masak nasi ayam ,sandwish ,sup ayam .. Fuhh dah makan tu kenyang ya ampun ..

dah kenyang semua terjun laut !! wuhuuu


 Bila perut dah kenyang aipp bukan nak tidur pulak ya ..apalagi ?? Jom terjun lautlah ..  Anak saudara dulu yang terjun laut lepas itu diikuti oleh bapa budak dan mak budak .. hehe abah dan abg ipar pergi mancing dekat tepi-tepi batu sana tu .. Ombak pun kuat juga haritu , mungkin sebab hari nak hujan. Macam-macamlah perangi budak-budak ni buat .. ada yang lemas kena pukul ombaklah , ada yang tertido bila naik pelampung dengan bapa saudaranya .. hahaha seronoknya haritu.. Dalam pukul 5 kami bertolak balik Ipoh sebab hari nak hujan .. Tapi sebelum tu singgah makan Satay Bota tu dekat Titi Gantung .. The best satay ever .. Kami sekeluarga memang akan makan satay kat situ kalau balik dari Lumut .. Hari hujan jadi semua jadi lapar.. haha habis satay 150 cucuk tu kami sekeluarga bedal .. muahaha


TAPI yang paling tak seronok bila ada geng-geng motor yang perangai dah macam $%%#% !! Tolonglah hormat sikit ketenangan orang lain .. Orang datang nak berkelah nak tenangkan fikiran , nak bersuka ria bukannya nak dengar bunyi motor awk yang bingit tu .. Kalau setakat nak dengar bunyi macam tu kat IPOH tu berlambak ya .. Kalau setakat 15 minit bolehlah tahan tapi sampai 2jam awak memekak dengan motor awak tu apa awak nak banggakan ???


Salam Aidilfitri, Salam Kosong-kosong ...




Assalamualaikum .. Salam Aidilfitri kepada yg mengenali anis .. Alhamdulillah harini dah masuk hari yang ke-15 Syawal .. Sudah 15 hari Ramadhan meninggalkan kita , tahun ini merupakan Ramadhan dan Syawal pertama sebagai tunangan orang dan mungkin Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai tunangan .. tsk tsk hati rasa sayu sangat tapi excited pun ada .. Macam-macam perasaan yang hadir .. Raya tahun ni macam-macam perkara yang berlaku .. Lebih kurang 15 hari sebelum Syawal kita dikejutkan dengan peristiwa  pesawat MH17 .. Takziah diucapkan kepada mangsa & keluarga mangsa .. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ..

Merajuk ??



Assalamualaikum ... hampir dua bulan dah anis tak hupdate blog . . anis pun tak tahu kenapa anis tak update .. mungkin malas menulis atau malas nak memikir .. mungkin masih lagi merajuk dengan blog kesayangan ni ..



mohon terliur :P
Sebenarnya anis sibuk uruskan bisnes kecil-kecilan anis ni .. hihi Alhamdulillah mendapat sedikit sambutan yang amat meyenangkan hati anis sampai anis tak kuasa nak layan blog ni .. ayat mintak kaki  .. anis buat cruncy choco takda DNA BABI ok  ..

Peserta 1st Queen Typo Giveaway 2014 !!





Assalamualaikum .. mungkin ramai yang tahu atau hanya 2-3 orang je yang tahu bahawa giveaway kat blog ni anis terpaksa batalkan sebab penyertaan memang tak memuaskan .. Jadi anis ambil keputusan untk SAMBUNG giveaway ni dekat page dan Alhamdulillah penyertaan memang best .. Tapi mesti ada yang pelik ya kenapa anis terpaksa tukar nombor penyertaan sebab giveaway dekat page , penyertaan anis kira melalui nombor yang peserta tulis sendiri jadi anis terpaksa letakkan anda , peserta blog ikut nombor yang kosong tapi jangan takut .. Insyallah klau tak bertuah untuk dipilih sebagai pun anis akan cuba balas jasa anda dengan buat REVIEW BLOG anda .. Anis mohon ampun dari anda semua .. Maaf berjuta kali ...

8) http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
33) http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
34) http://lolipoppoppop.blogspot.com/2014/03/pejam-celik-pejam-celik-queen-typo.html
35) http://deyawanny.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
36) http://luviza-98.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
41) http://salinasafea.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
42) http://afifishamsuri.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
47) http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
48) http://siapasayasekarang.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
49) http://kakarians-forever.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
50) http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
66) http://gonfaizal.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
67) http://syazaafrina56.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway.html
71) http://beautifully98.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
72) http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
73) http://nisflox.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
74) http://blogiveaway87.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
76) http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
86) http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
87) http://ainexo96.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
88) http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
89) http://kakarians-forever.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014_16.html
101) http://thesilentfreezesoul.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html 
102) http://walkstatic.blogspot.com/2014/03/st-queen-typo-giveaway-2014.html
103) http://superpapaya.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
104) http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html
105) http://geeazielove4eva.blogspot.com/2014/03/1st-queen-typo-giveaway-2014.html


UPDATE !!
11:02 PM
7/4/2014

Review | Diari Hidup HafizNur Blog ..


Assalamualaikum ...



Woww masuk-masuk je blog Diari Hidup HafizNur ni terus anis ternampak header blog yang merahnya makngah tu hihi :) Header cantik & warna merah yang garang tu naikkan semangat anis menulis malam-malam macam gini .. kekeke :) Kalau loading blog , anis rasa ok je sebab tak lambat sangat dan paling penting blog tak berat ..


Warna tema dia lebih kepada merah tapi ada sentuhan pink sikit .. Anis suka sebab nampak garang tapi lembut secara diam .. wahh anis bermain dengan kata-kata hari ini .. hoho .. Anis taknak review banyak-banyak sebab mawarberduri lagi banyak pembaca dan ia bermakna ia famous amos :) Sekian ..

Attention !! Peserta 1st Queen Typo Giveaway 2014 Versi Blog ..


Assalamualaikum .. anda peserta 1st Queen Typo Giveaway 2014 yg lepas ?? ok jangan nangis .. anis ganti balik penyertaan korang dalam versi page :) sesiapa yang nak join boleh ke Official Queen Typo :D

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway



Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)




Giveaway DIBATALKAN !!! Tetapi ?????


Assalamualaikum .. selamat malam , maaf menganggu korang semua .. harap maaf ya 1st Queen Typo Giveaway 2014 dibatalkan atas ada masalah yang lagi besar dari masalah blogspot tapi anis janji yang giveaway ini akan disambung di page Official Queen Typo ..Maksud disambung ialah peserta 1st Queen Typo Giveaway 2014 tu akan dibawa ke giveaway dipage ..Penyertaan korang akan dirandom sekali bersama peserta dipage ..Jadi korang ada peluang nak menang dan takkan sia-sia buat entry ..Insyallah giveaway dekat page akan diadakan bulan april nanti ..

1st Queen Typo Giveaway 2014 !! DIBATALKAN !!


STICKY POST !



Assalamualaikum ..Dengan lafaz Bismillah , anis lancarkan 1st Queen Typo Giveaway ... Ia diadakan sempena meraikan Ulang Tahun Pertama Queen Typo dalam dunia blogging & disamping untuk mengeratkan hubungan sesama kita .. Anis harap giveaway ini akan mendapat sambutan yang over dose meriah dari anda .. Penyertaan minimum adalah sebanyak 100 peserta .. Giveaway ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu bermula 11/3/2014 hingga 21/3/2014 ..


Syarat-syarat :-

(1) Follow blog Klik Iklan Nuffnang  , like page , follow twitter , share status & follow instagram semua sponsor..
(2) Buat entry mengenai 1st Queen Typo Giveaway 2014 .. Tempek banner atas ni & backlink kan kepada entry ni ..
(3) Karyakan ucapan kpda Queen Typo .. Contohnya , berikan kata-kata semangat @ ucapan selamat ..
(4) Dah siap ?? Publishkan entry anda & tinggalkan LINK URL entry 1st Queen Typo Giveaway 2014 di ruangan komen ini sahaja !! #Tempat lain dilarang sekeras-kerasnya !!!!

Follow Blog !! Klik iklan Nuffnang kat blog !!

Anis Zahidi | Msredcheesecake | Beary Blossom | Intan Maziah
( Untuk sponsor Intan Maziah , peserta klik je nama kat atas ni dan terus ke IKLAN ! )

Like Page



Follow Twitter


Share Status 
Sufyy Shack 
Baju Kurung Malaysia
(korang pun boleh sertai like & share ni )


Follow Instagram #sesiapa yg ada instagram shja :D
Beary Blossom



Cara pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFFERAL & CABUTAN !!
GAMBARAN HADIAH 
SENARAI PESERTA 

JIKA PENYERTAAN KURANG DARIPADA 50 PESERTA SEBELUM 25/3/2014 , GIVEAWAY AKAN TERBATAL !!!
 
TAMAT : 28/3/2014 - 11:59.59 PM

Syarat Follow Blog Dibatalkan !!!




Assalamualaikum .. Ya Allah sedihnya rasa bila giveaway yang dijalankan tak dapat sambutan yang diharapkan .. Anis target 100 peserta ke atas untuk giveaway kali ni tapi haihh disebabkan masalah blog tak boleh difollow oleh peserta , penyertaan belum sampai 50 orang lagi .. Jadi Anis dah bincang dengan para sponsor yang meletakkan syarat follow blog supaya batalkan syarat tersebut dan digantikan dengan syarat yang baru .. jadi semua boleh ikut syarat terbaru ..

Cara Menyelesaikan Masalah Follow Blog !


Assalamualaikum .. korang dah sertai 1st Queen Typo Giveaway ?? kalau belum , jom sertai sekarang selagi tarikh tutup tak dikenal pasti .. wakakak .. Penyertaan memang menyakitkan hati anis .. pheww rasa nak nangis je tau .. *hilang macho .. Antara masalah utama adalah masalah follow blog yang tak boleh difollow oleh blogger .. *faham ?? Ramai blogger yang mengadu tak boleh follow blog blogger lain sebab masalah ni .. Jadi tadi anis dah dapat jalan penyelesaian dari Kak Uzu .. Kak Uzu tunjukkan step dekat facebook je ..



Korang cubalah .. Kalau boleh tu jomlah sertai 1st Queen Typo Giveaway 2014 !!

Doakan MH370



facebook #DoakanMH370
Assalamualaikum .. harini masuk hari kelima 'hilangnya' pesawat MH370 .. Pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Beijing, China .. Pesawat MH370 hilang dari radar pada pukul 2:41 pagi .. Sehingga kini tiada sebarang petunjuk atau bukti yang sahih tentang MH370 yang ada hanyalah khabar angin sahaja .. Pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal .. Sama-samalah kita mendoakan agar pesawat MH370 ditemui .. Seluruh rakyat Malaysia sangat sedih dengan insiden yang terjadi ini .. Kami berharap ada keajaiban yang berlaku atas kehendak yang Maha ESA .. #DoakanMH370 #PrayForMH370

 Saat kau terbang ke udara
Terlayar wajah semua gembira
Detik semua indah bermakna
Selama bercuti di bumi Malaysia

Tidak disangka apa terjadi
Kehilanganmu menjadi misteri
Kepulanganmu sangat dinanti
Bersatu hati bersama mencari

Tidak pernah berhenti penat
Untuk terus berdoa dan solat
Andai ini sudah tersurat
Jangan kaburkan dengan tersirat

Sehebat hebat ciptaan manusia
Hebat lagi ciptaan Yang ESA
Buntu fikiran di minda manusia
Berharap petunjuk dari-NYA jua

#copypaste sajak ..

Pencarian Sponsor | 1st Queen Typo Giveaway 2014



Assalamualaikum ... motif gambar ?? yuhuu 21 March 2014 nanti merupakan 1st Anniversary Queen Typo dalam dunia berblogging .. Alhamdulillah setahun yang amat baik & positif bagi newbie macam Anis ni  booo anis   Jdi Anis bercadang nak adakan ??? 1st Queen Typo Giveaway 2014 !! wuhuu nampak tajuk ?? semua nak gempakkan ?? haihh anis anis .. disebabkan penyertaan giveaway yang lepas amat memberangsangkan jadi anis nak anjakkan giveaway ni selama 10 hari .. waa over
jadi bermulah pencarian sponsor yang comel gitu :D



Syarat :

Follow blog
Like page
Like gambar 
Iklan sekitar blog SAHAJA !!


Kelebihan Sponsor :
  
- Liker page meningkat
- Pageviews blog meningkat
- Follower blog meningkat
- Graph page meningkat 
- Mengeratkan hubungan sesama kita
- Earning meningkat


Barangan Sponsor :

- Novel
- Baju kurung
- Kain cotton 
- Baju batik
- Barangan kraf
- Barangan kecantikan 
- Dress
- Tudung , shawl
- Powerbank
- Topup (2sponsor) 
( kalau nak senaraikan semua , smpai esok xhabis )




 Sesiapa nak jadi sponsor tu boleh pm anis kat Personal FB atau Official Queen Typo ..
 Kalau sponsor ada cadangkan nak sponsor apa , boleh je diutarakan kat anis :)


Insyallah penyertaan mungkin melebihi 100 orang :D


Gambaran Hadiah & Senarai Sponsor =D


Assalamualaikum .. kurang dari berapa hari je lagi anis akan mulakan 1st Queen Typo Giveaway 2014 .. Anis harap penyertaan lebih memuaskan dari sebelum ni , InsyAllah ... jadi sementara nak tunggu giveaway dimulakan korang bolehlah usha-usha dulu gambaran hadiah dan semak senarai sponsor :D anis harap semua peserta jujur bila sertai giveaway ni ..





Nadiya Liana

24 Gold Mask - 2pcs

3 Helai bawal satin

Hadiah Top Refferal !!
Novel Dewi Cinta
Purse Polo Gred AAA


ada lagi beberapa orang sponsor :D senarai akan diupdate sebelum giveaway bermula .. 

McFlurry Thorbaikkk !!!




Assalamualaikum ,, motif gambar anis ??? saja bagi korang rasa lapar :D hihi Alhamdulillah kenyang lepas pekena MCD .. haha sebenarnya otak dah tak mampu nak recyle nak tulis apa lagi jadi ni je lah yang mampu anis khabarkan untuk sekarang ni :) ni first time pekena McFlurry .. Sebelum pernah jugak teringin tapi macam mulut berat je nak order add on dalam order -.-' paham ! dan akhirnya tadi tercapai hajat , Alhamdulillah memang sedap pun dan lagi sedap dari Sundae .. ehhh suka-suka hati je nak kondem orang punya resepi .. hahah ok lah sekian ..


p/s : entry giveaway tak taip apa pun lagi :(

Doa Memohon Perbaiki Diri #Salam Jumaat



Assalamualaikum , marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar diri ini sentiasa berada dibawah lindungi rahmat dan hidayah Allah .. Kita semua manusia yang tak sempurna namun itu bukan sebagai penghalang untuk kita jadi manusia yang bertakwa pada yang Esa ...

Salam Jumaat #Semua Kerana Allah SWT





Assalamualaikum , ini bahagia yang sebenarnya yang kita cari .. Ini sebenarnya bahagia yang kita perlukan .. Bahagia manusia hanya sementara dan mungkin tak akan kekal ..

Wordless Wednesday #11 Tanda Orang Yang Berbahagia



Assalamualaikum .. semoga kita sama-sama tergolong dalam 11 tanda tersebut :) Aminn ..

Aku Perlu Berubah !!!!








Benarkah pilihan yang aku pilih ?? inikah jalannya ?? aku perlu satu iaitu Nur .. Cahaya hidup buat diriku .. Lap airmata mu jika ia sedang mengalir .. bersihkan hatimu dengan ayat suci Al quran .. Jika ini yang terbaik , permudahkanlah tetapi jika ini bukan jodohku , Engkau buang lah perasaan kasih & sayangku serta jauhkan lah diriku darinya ..


Menang Segmen ''Saya Nak Tudung Bawal Roses"



http://sukasukianiss.blogspot.com/2014/02/segmen-saya-nak-tudung-bawal-roses.html





Assalamualaikum .. Alhamdulillah rezeki dari Segmen 'Saya Nak Tudung Bawal Roses' ..Setelah sekian lama join segmen tapi tanpa menang apa-apa akhirnya baru-baru ni menang jugak .. Terima kasih kepada sponsor & kak penganjur iaitu Nabiela Biela

Anda nak tengok tudung bawal yang cantik macam ni jugak atau lebih cantik ?? boleh klik Le Roses & Tudung Bawal Terkini .. macam-macam ada :D cantik jugaaa

Keyword Minggu Ini




Assalamualaikum .. keyword minggu ini agak pelik sedikit sebab ada yang cari entry giveaway Simple Ramadhan Raya 2013  .. erkk -.- Ramadhan dah lepas , raya Aidilfitri pun dah lepas tapi kenapa ada yang search entry ni ?? ok ni secara tiba-tiba sebab sebelum ni tak ada yang search pun kan ?? ayoo apa-apa pun terima kasih sebab sudi sedekah pageview kat anis ..tocey-tocey <3




Segmen Review Blog Sampai Lebam






Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join



Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !




Assalamualaikum , rasa macam tertarik nak tahu apa yang akak Syira Lokman rwview mengenai blog Queen Typo :D hihi harap-harap tersenarai dalam review tersebut .. InsyAllah .. klik banner kalau nak join ..

Salam Jumaat #Pesanan Imam Ghazali




Assalamualaikum , agaknya sempat lagi kot anis nak poskan tentang Salam Jumaat ?? hihi harini kita kongsikan tentang 6 Pesanan Imam Ghazali .. Marilah sama-sama kita memperingatinya serta menjauhi segala yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri ..

Tukar Kulit & Header !




Assalamualaikum .. muahaha :p saya suka saya suka :D hihi kulit & header baru .. header tu anis ambil dari google je then anis tuliskan tajuk blog .. weee sukanya , kulit pun anis curi dari google .. alah lupa siapa tuan dia *pstt kalau awk tuan dia, anis nak cakap terima kasih tau :D .. sekarang ni anis tengah mencuba lari dari warna pink sikit demi sikit .. sebenarnya anis tak adalah taksub sangat dengan pink ni tapi tak tahu lah kenapa blog pun boleh jadi pink macam ni .. warna kegemaran anis ialah merah dan biru .. hihi kontra gila :D

BR1M dah masuk akaun masing-masing !





Assalamualaikum , harini warga bujang dan pasangan yang sudah berkahwin tersenyum lebor le ye lebar lah ya .. yelah duit BR1M dah masuk ke dalam akaun masing .. hihi anis pun bujang jugak tapi almaklum lah tak layak lagi nak ambil BR1M .. saya 19 tahun yeww .. Kalau para bujang dan pasangan yg berkahwin tapi duit BR1M tak masuk lagi akaun bank , harap bersabar lah ya .. hihi tak akan lari gunung dikejar amboii .. Anda dah dapat ?? apalagi shopping time :D byeee

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG



http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/cokolat-cokoli-segmen-by-tengkubutang.html

Assalamualaikum , rasanya macam belum terlambat lagi untuk anis join giveaway ni :D yuhuu hadiah coklat tu , tak ada orang tolak punya kalau bg free *melalut apadaaa  Cokolat Cokoli Segmen by TengkuButang akan melabuhkan tirai kamarnya esok malam jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai segmen ni .. Sekarang ni Pepero tengah mendominasi carta sebab asyik Pepero je yang keluar newsfeed facebook hari-hari .. ohh teringinnya nak rasa Pepero ..

TAMAT 20 FEBRUARI 2014

GA 1 ANIVERSARY SEMEK dan MAMAT



http://najihah90.blogspot.com/2014/02/ga-1-aniversary-semek-dan-mamat.html


Assalamualaikum .. haii kak semek & abang mamat :p hihi Happy Anniversary yang pertama :D semoga sentiasa bahagia sampai ke Jannah , Aminn .. Nak kahwin jangan lupa ajak ekk :p opppssss

Sinopsis : Be My Wife - Nurul Ain Syuhada




Hubungan baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untk menjadi BENCI



Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!



Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.



“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH



‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN



“Abang Elman yang masak?” - HANNAH



“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN



Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.



Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?


REVIEW 


 Novel ini anis dah baca 1/3 bab di Penulisan2u dan anis sangat tertarik dengan jalan cerita yang mampu merobek perasaan .. Pelbagai ujian dan cabaran terpaksa ditempuh Hannah seorang diri tatkala suami sendiri membencinya namun perasaan benci sang suami tidak bertahan lama setelah berkahwin dengan Hannah .. Walaupun Elman tak mengungkap kat cinta namum hati Elman sangat mencintai Hannah dalam diam .. Begitu juga Hannah , kerana ego dia hanya mampu pendam perasaan . Semakin lama anis baca cerita ni semakin banyak konflik yang terjadi .. Kisah Hannah disantau bekas kekasih Elman dan bila Hannah nak bersalin anak sulung mereka , Elman berperangai pelik dengan setiausahanya dan sehingga Hannah membawa diri bersama anaknya ke luar negara .. Banyak konflik yang terjadi  dan tidak pernah putus cabaran dan dugaan .. Nak tahu apa yang terjadi antara Hannah dan Elman selepas itu ?? 


Jom dapatkan novel , Be My Wife! karya Nurul Ain Syuhada , novelis Best Seller Cinta Kontrak . Selamat membaca semua :D 


Topup Giveaway by Intan



Assalamualaikum .. macam mana episod 26 Ariana Rose semalam ?? Ok tak ?? Waa seronok je kan ,rasa blushing habis je pipi ni hehehe .. tak sabar nak tunggu winter wedding Ariana Rose & Tengku Adam Kamil ,haihh tengku kenapalah awk ni kacak over dose sangat ?? Ciptaan tuhan ,semua cantik & kacak . Main point harini ialah !! Jom join Topup Giveaway by Intan kat page Official Queen Typo





https://m.facebook.com/profile.php?id=640132742680911

Official Queen Typo

Admin Intan ?? Siapa tu ? Ok Official Queen Typo ada admin baru tau ..hihi nama dia Intan Mahanie .. so pliss be nice with my new admin ..cewahh sepaking London kau anis .. Topup Giveaway ni dia yg anjurkan ,jadi jom support ramai2 giveaway yg dianjurkan .. syarat senang je tau ..giveaway tu ada kat page bukan kat blog tau ..so chill sayang semua :*