Sinopsis : Be My Wife - Nurul Ain Syuhada




Hubungan baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untk menjadi BENCI



Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!



Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.



“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH



‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN



“Abang Elman yang masak?” - HANNAH



“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN



Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.



Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?


REVIEW 


 Novel ini anis dah baca 1/3 bab di Penulisan2u dan anis sangat tertarik dengan jalan cerita yang mampu merobek perasaan .. Pelbagai ujian dan cabaran terpaksa ditempuh Hannah seorang diri tatkala suami sendiri membencinya namun perasaan benci sang suami tidak bertahan lama setelah berkahwin dengan Hannah .. Walaupun Elman tak mengungkap kat cinta namum hati Elman sangat mencintai Hannah dalam diam .. Begitu juga Hannah , kerana ego dia hanya mampu pendam perasaan . Semakin lama anis baca cerita ni semakin banyak konflik yang terjadi .. Kisah Hannah disantau bekas kekasih Elman dan bila Hannah nak bersalin anak sulung mereka , Elman berperangai pelik dengan setiausahanya dan sehingga Hannah membawa diri bersama anaknya ke luar negara .. Banyak konflik yang terjadi  dan tidak pernah putus cabaran dan dugaan .. Nak tahu apa yang terjadi antara Hannah dan Elman selepas itu ?? 


Jom dapatkan novel , Be My Wife! karya Nurul Ain Syuhada , novelis Best Seller Cinta Kontrak . Selamat membaca semua :D 


6 comments:

  1. Replies
    1. Hihi mmg best kak :D wlaupun bru bli ,dah byk klai sy repeat baca ..heee

      Delete
  2. wah..mcm best aje ni..kalau bgtau my sis mesti xtunggu esok nak p beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best bukn macam best :) beli cepat sblum habis :D

      Delete

Assalamualaikum ^,^ terima kasih sebab singgah kat blog saya dan silalah komen 2-3 patah perkataan :D