Doa Memohon Perbaiki Diri #Salam Jumaat



Assalamualaikum , marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar diri ini sentiasa berada dibawah lindungi rahmat dan hidayah Allah .. Kita semua manusia yang tak sempurna namun itu bukan sebagai penghalang untuk kita jadi manusia yang bertakwa pada yang Esa ...

Salam Jumaat #Semua Kerana Allah SWT





Assalamualaikum , ini bahagia yang sebenarnya yang kita cari .. Ini sebenarnya bahagia yang kita perlukan .. Bahagia manusia hanya sementara dan mungkin tak akan kekal ..

Wordless Wednesday #11 Tanda Orang Yang Berbahagia



Assalamualaikum .. semoga kita sama-sama tergolong dalam 11 tanda tersebut :) Aminn ..

Aku Perlu Berubah !!!!








Benarkah pilihan yang aku pilih ?? inikah jalannya ?? aku perlu satu iaitu Nur .. Cahaya hidup buat diriku .. Lap airmata mu jika ia sedang mengalir .. bersihkan hatimu dengan ayat suci Al quran .. Jika ini yang terbaik , permudahkanlah tetapi jika ini bukan jodohku , Engkau buang lah perasaan kasih & sayangku serta jauhkan lah diriku darinya ..


Menang Segmen ''Saya Nak Tudung Bawal Roses"



http://sukasukianiss.blogspot.com/2014/02/segmen-saya-nak-tudung-bawal-roses.html





Assalamualaikum .. Alhamdulillah rezeki dari Segmen 'Saya Nak Tudung Bawal Roses' ..Setelah sekian lama join segmen tapi tanpa menang apa-apa akhirnya baru-baru ni menang jugak .. Terima kasih kepada sponsor & kak penganjur iaitu Nabiela Biela

Anda nak tengok tudung bawal yang cantik macam ni jugak atau lebih cantik ?? boleh klik Le Roses & Tudung Bawal Terkini .. macam-macam ada :D cantik jugaaa

Keyword Minggu Ini




Assalamualaikum .. keyword minggu ini agak pelik sedikit sebab ada yang cari entry giveaway Simple Ramadhan Raya 2013  .. erkk -.- Ramadhan dah lepas , raya Aidilfitri pun dah lepas tapi kenapa ada yang search entry ni ?? ok ni secara tiba-tiba sebab sebelum ni tak ada yang search pun kan ?? ayoo apa-apa pun terima kasih sebab sudi sedekah pageview kat anis ..tocey-tocey <3




Segmen Review Blog Sampai Lebam






Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join



Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !




Assalamualaikum , rasa macam tertarik nak tahu apa yang akak Syira Lokman rwview mengenai blog Queen Typo :D hihi harap-harap tersenarai dalam review tersebut .. InsyAllah .. klik banner kalau nak join ..

Salam Jumaat #Pesanan Imam Ghazali




Assalamualaikum , agaknya sempat lagi kot anis nak poskan tentang Salam Jumaat ?? hihi harini kita kongsikan tentang 6 Pesanan Imam Ghazali .. Marilah sama-sama kita memperingatinya serta menjauhi segala yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri ..

Tukar Kulit & Header !




Assalamualaikum .. muahaha :p saya suka saya suka :D hihi kulit & header baru .. header tu anis ambil dari google je then anis tuliskan tajuk blog .. weee sukanya , kulit pun anis curi dari google .. alah lupa siapa tuan dia *pstt kalau awk tuan dia, anis nak cakap terima kasih tau :D .. sekarang ni anis tengah mencuba lari dari warna pink sikit demi sikit .. sebenarnya anis tak adalah taksub sangat dengan pink ni tapi tak tahu lah kenapa blog pun boleh jadi pink macam ni .. warna kegemaran anis ialah merah dan biru .. hihi kontra gila :D

BR1M dah masuk akaun masing-masing !





Assalamualaikum , harini warga bujang dan pasangan yang sudah berkahwin tersenyum lebor le ye lebar lah ya .. yelah duit BR1M dah masuk ke dalam akaun masing .. hihi anis pun bujang jugak tapi almaklum lah tak layak lagi nak ambil BR1M .. saya 19 tahun yeww .. Kalau para bujang dan pasangan yg berkahwin tapi duit BR1M tak masuk lagi akaun bank , harap bersabar lah ya .. hihi tak akan lari gunung dikejar amboii .. Anda dah dapat ?? apalagi shopping time :D byeee

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG



http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/cokolat-cokoli-segmen-by-tengkubutang.html

Assalamualaikum , rasanya macam belum terlambat lagi untuk anis join giveaway ni :D yuhuu hadiah coklat tu , tak ada orang tolak punya kalau bg free *melalut apadaaa  Cokolat Cokoli Segmen by TengkuButang akan melabuhkan tirai kamarnya esok malam jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai segmen ni .. Sekarang ni Pepero tengah mendominasi carta sebab asyik Pepero je yang keluar newsfeed facebook hari-hari .. ohh teringinnya nak rasa Pepero ..

TAMAT 20 FEBRUARI 2014

GA 1 ANIVERSARY SEMEK dan MAMAT



http://najihah90.blogspot.com/2014/02/ga-1-aniversary-semek-dan-mamat.html


Assalamualaikum .. haii kak semek & abang mamat :p hihi Happy Anniversary yang pertama :D semoga sentiasa bahagia sampai ke Jannah , Aminn .. Nak kahwin jangan lupa ajak ekk :p opppssss

Sinopsis : Be My Wife - Nurul Ain Syuhada




Hubungan baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untk menjadi BENCI



Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!



Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.



“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH



‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN



“Abang Elman yang masak?” - HANNAH



“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN



Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.



Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?


REVIEW 


 Novel ini anis dah baca 1/3 bab di Penulisan2u dan anis sangat tertarik dengan jalan cerita yang mampu merobek perasaan .. Pelbagai ujian dan cabaran terpaksa ditempuh Hannah seorang diri tatkala suami sendiri membencinya namun perasaan benci sang suami tidak bertahan lama setelah berkahwin dengan Hannah .. Walaupun Elman tak mengungkap kat cinta namum hati Elman sangat mencintai Hannah dalam diam .. Begitu juga Hannah , kerana ego dia hanya mampu pendam perasaan . Semakin lama anis baca cerita ni semakin banyak konflik yang terjadi .. Kisah Hannah disantau bekas kekasih Elman dan bila Hannah nak bersalin anak sulung mereka , Elman berperangai pelik dengan setiausahanya dan sehingga Hannah membawa diri bersama anaknya ke luar negara .. Banyak konflik yang terjadi  dan tidak pernah putus cabaran dan dugaan .. Nak tahu apa yang terjadi antara Hannah dan Elman selepas itu ?? 


Jom dapatkan novel , Be My Wife! karya Nurul Ain Syuhada , novelis Best Seller Cinta Kontrak . Selamat membaca semua :D 


Topup Giveaway by Intan



Assalamualaikum .. macam mana episod 26 Ariana Rose semalam ?? Ok tak ?? Waa seronok je kan ,rasa blushing habis je pipi ni hehehe .. tak sabar nak tunggu winter wedding Ariana Rose & Tengku Adam Kamil ,haihh tengku kenapalah awk ni kacak over dose sangat ?? Ciptaan tuhan ,semua cantik & kacak . Main point harini ialah !! Jom join Topup Giveaway by Intan kat page Official Queen Typo





https://m.facebook.com/profile.php?id=640132742680911

Official Queen Typo

Admin Intan ?? Siapa tu ? Ok Official Queen Typo ada admin baru tau ..hihi nama dia Intan Mahanie .. so pliss be nice with my new admin ..cewahh sepaking London kau anis .. Topup Giveaway ni dia yg anjurkan ,jadi jom support ramai2 giveaway yg dianjurkan .. syarat senang je tau ..giveaway tu ada kat page bukan kat blog tau ..so chill sayang semua :*

Steambot Time !!



Assalamualaikum .. apa kena mengena steambot dan budak gemuk ni ?? haha hari ahad yang lepas , akak mempelawa kami berkunjung ke rumah dia kat batu gajah sebab nak makan steambot ... Wahh dah ajak makan , takkan nak tolak pulak .hihi dia saja buat makan-makan sebab abang ipar anis suka menjala ikan , udang dan lain-lain lagi lah .. Dapat udang fresh , byk pulak tu .. fuhh berpeloh teman nengok


Ni dia bahan-bahan yang sempat di'tangkap' sebelum masuk singgah ke perut .. wahh macam rugi pulak sebab tak dapat nak 'tangkap' gambar udang tu dulu .. steambot dia memang superb sedap .. rugi kalau tak makan .. hihi dan anis seperti biasa makan mana pernah cukup , hahah sampai dua kali tambah .. Alhamdulillah moment yang best dengan adik-beradik dan mak .. Abah tak dapat sertai sekali sebab tengah tukang rumah abang sedara .. tapi akak ada bagi udang bawak balik .. nanti buat lagi ya kak :D syg kau lelebih lah :*

Perbaharui Lesen Memandu



http://www.jpj.gov.my/

Assalamualaikum .. no more P babe (hahah) sebenarnya dah lebih seminggu anis perbaharui lesen memandu .. walaupun tak sampai setahun lagi anis lulus lesen D (kereta) tapi disebabkan anis dah lulus lesen B2 (motor) hampir setahun lebih jadi anis tak perlu tambah tahun lagi untuk kereta .. anis just ikut je tahun lesen B2 .. excited terlebih tau nak perbaharui lesen memandu ni .. yelah saja nak bagi cemburu encik tunang .. haha dia tak ada lesen kereta , tu yang saja bangga lebih kat dia ..


Lepas tu dapat pulak lesen naik taraf macam kad pengenalan lagi lah suka kenakan dia .. haa dah tukar baru ? korang tak tahu ke ?? ruginya .. Sejak bulan Julai 2013 , rupa dan rekaan lesen memandu dah cantik , cun dan comel .. Dengan warna ala-ala peach gitu , ia memang menarik hati .. Harga untuk setahun pun berbaloi anis rasa iaitu sebanyak RM30.00 setahun tapi sekarang ni dah ikut tarikh lahir jadi tarikh luput lesen mesti pada hari lahir .. Anis perbaharui pada bulan Januari 2014 sedangkan hari lahir Anis bulan September jadi kenalah tambah lagi 8 bulan .. Anis just perbaharui setahun saja .. Untuk tempoh dari bulan Januari 2015 sehingga September 2015 , anis dikenakan caj tambahan sebanyak RM15.00 jadi Anis hanya bayar RM45.00 untuk lesen dari bermula Januari 2014 sehingga September 2015 .. faham tak ? hihi .. tak susah nak perbaharui lesen memandu , nak perbaharui di pejabat pos pun boleh ,.. senangkan je kan .. Jadi sesiapa rasa lesen dia nak tamat tu boleh lah pergi pejabat pos perbaharui sebelum kena denda pulak ..

GIVEAWAY CNY by DEDEQ



http://najihah90.blogspot.com/2014/01/giveaway-cny-by-dedeq.html


Hadiah

1. Baju / Dress untuk top REFERRAL x 1
2. Shawl x 1
3. Keychain x 10
4. Tudung bawal x 2
5. Topup x 3 (Digi , Maxis , Celcom)
 START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)

Jom Cabar Minda - Peribahasa Emotion




Assalamualaikum .. letihnya badan , rasa nak terjun kat katil je sekarang ni .. tapi tiba-tiba otak kiri atau otak kanan -.- tak tahu lah yg mana satu rasa tercabar pulak dengan gambar kat atas ni .. wahh peribahasa lah :D dah lama tak dengar peribahasa , yelah dah hampir setahun lebih tinggalkan zaman persekolahan .. hihi jadi dengan rasa senang hati Anis nak cabar korang semua :D 

Siapa yang boleh jawab minimum 15 jawapan dari soalan ni akan dapat hadiah dari Anis :D mungkin topup RM5 .. terhad kepada SEORANG pemenang dan yg TERAWAL menjawap soalan di atas !!

jawapan letak je kat kotak komen , atau korang nak buat entry pun boleh :D letak jawapan kat entry dan url entry submit kat kotak komen bawah ni !!

Tamat : 02/02/2014 > 12:00 am

Blogku Slim



Assalamualaikum .. amboii dia , tahulah tuan dia ni keding je jadi dia pun ikut keding jugak tapi keding dia bagus , laju gitu :D  nak tahu tak blog korang tu slim ke chuby ke ?? boleh lah check kat sini mialiana .. url terus ke timbang berat :D

Segmen "Saya Nak Tudung Bawal Roses"










Assalamualaikum .. siapa peminat tudung bawal ?? jadi korang patut join giveaway ni sebab kalau ada rezeki korang boleh memenangi tudung bawal roses yang cute miut ni :* comel sgt tudung ni .. harap-harap anis ada rezeki :) Aminn