Sinopsis Novel | Dalam Hati Ada Dia





WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan... Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.

“Ada syiling tak?” - NICK
“Kenapa?” - WANDA
“Nak tukar, boleh?” - NICK
“Nah!” - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku.

Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.

“Nama siapa?” - NICK
“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA
“Panggil saya Dollah!” - NICK

Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia disayang...
Benarkah karma akan berlaku? ¬¬¬¬Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?

Tajuk: Dalam Hati Ada Dia
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-20-4
Harga: RM24 (Semenanjung) // RM27 (Sabah & Sarawak)

4 comments:

Assalamualaikum ^,^ terima kasih sebab singgah kat blog saya dan silalah komen 2-3 patah perkataan :D