Assalamualaikum .. anda ada menontan drama TV3 yg bertajuk 'Aku Bukan Malaikat' yg disiarkan sekitar pukul 10 malam tadi .. apa yg boleh anda katakan tentang mereka ? adakah mereka buat secara rela atau terpaksa ? hmm hnya Allah SWT dan diri mereka yg tahu ...Kalau anda selalu dengar kes keldai dadah ni melibatkan siapa ? kaum wanita kan ? knpa ya ? dan siapa yg menjadi 'pencuci mulut' wanita ini ? jom kita kongsikan cerita mengenai keldai dadah ni .. walaupun isu ini hampir terkubur tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus mengetahui cara2 dan taktik 'pemanis mulut'..
yg bertanda ** tu dadah |
Definisi:
Definisi 'Keldai Dadah' merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya
Taktik :
Bekalan dadah diambil dari Argentina dan Sepanyol dan diseludupkan ke negara ketiga. Kos membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah. Hukuman hanya dipenjara 8 tahun di Peru , berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Mereka menggunakan dokumen dan pasport sah dengan alasan melancong , bekerja di luar negara atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran percutian percuma .Sindiket akan memberi tiket sehala, menggunakan penerbangan terus ke negara transit. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar kemewahan.
Sindiket penjenayah antarabangsa akan menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah di Asia.Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura , Asia Tenggara dan Asia Timur. Wanita berusia 20-30an yang tidak mempunyai rekod jenayah dan menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah.
Wanita Malaysia termasuk pelajar IPT terjebak dengan cinta warga asing terutama dari Afrika dan Iran. Pada 2006,rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis negara asing kerana kesalahan mengedar dadah. Antara Januari-Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta 'jejaka Lombok', 'Pak Arab' dan terkini penangan cinta 'Pak hitam'.
Berikut ialah antara rentetan kes Keldai Dadah yang melibatkan wanita Malaysia
16 Mac 2010: Dua wanita, G.Rasundri, 50 Tahun dan Darina Ibrahim, 43 Tahun yang bekerja sebagai tukang jahit di Kuala Lumpur ditahan di penjara Itali kerana membawa dadah jenis candu ke negara itu.
29 April 2010: Pelajar berketurunan Iban, Cristina anak Luke Miju, 22 Tahun ditangkap disebuah lapangan terbang di China selepas pihak berkuasa negara itu menemui sejumlah dadah di dalam beg tangannya.
16 Ogos 2010: Nur Dhiya Ain, 19 Tahun yang mengikut kenalannya seorang warga Afrika kerana mendapat tawaran pekerjaan ditahan polis Afrika Selatan di Lapangan Terbang Cape Town kerana membawa 1.2 kg dadah jenis syabu.
1 September 2010: 7 gadis Malaysia nyaris ditahan pihak berkuasa si Karachi, Pakistan kerana disyaki menyeludup dadah ke negara itu selepas terpedaya dengan janji manis warga Afrika di Kuala Lumpur.
Berdasarkan statistik yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim telah menunjukkan penahanan terhadap pendatang dari benua Afrika meningkat kepada 173 orang berbanding hanya 65 orang pada tahun lepas. Daripada jumlah itu, 139 adalah rakyat Nigeria dan ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya 50 orang rakyat Nigeria yang ditahan pada tahun lepas kerana kesalahan dadah. Sumber: http://promahasiswausm.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^,^ terima kasih sebab singgah kat blog saya dan silalah komen 2-3 patah perkataan :D