Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu
akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang
bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas
cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan
jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula
bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada
mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya
tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di
antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh
manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^,^ terima kasih sebab singgah kat blog saya dan silalah komen 2-3 patah perkataan :D