Kronologi Highland Tower




11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.
12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.
13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.
16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.  
19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

p/s : Jomlah kita sedekahkan Al-fatihah kpda mangsa tragedi tersebut ... Al-fatihah ..


Kisah Highland Tower

 
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan



Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

http://hazis.wordpress.com/about-me/tragedi-highland-tower/


Tragedi yang menyayat hati dan tragis telah mengorbankan 48 nyawa termasuklah anak kepada mantan timbalan perdana menteri ketika itu,Tun Musa Hitam. Terdapat pelbagai versi yang dipetik daripada orang ramai tentang faktor kepada runtuhnya pangsapuri 12 tingkat yang terletak di Hulu Klang itu.Dari segi saintifiknya,hujan lebat telah menyebabkan struktur tanah di kawasan Highland Tower tidak stabil manakala dari segi mistiknya,ada saksi yang melihat 2 orang lelaki berjubah putih menggoncang pangsapuri tersebut sehingga runtuh menyembah bumi.Tower B dan C masih lagi teguh berdiri namun kesemua merek ayang tinggal di Tower B dan C diarah untuk berpindah bagi mengelakkan seberang risiko yg mungkin terjadi ..



* Disini ada sedikit cerita yg anis korek-korek dari google ..
time malam tu kitaorang pergi melawat highland Tower, konon nk tgok misteri tempat tu la.
time tu malam jumaat.
kitaorang pergi satu kereta, aku duduk depan, driver tu kawan aku.
belakang cousin aku dgn member aku dua org.
time sampai tu keadaan ok ja. kitaorg berpecah jalan2.
melawat2 area tu, snap gambar lagi.
dalam 20minit tu kitaorg nak balik dah.
jumpa kat kereta, so semua setuju.
yg kawan aku sorang nama Afiq. dari dalam kereta senyap ja.
sampai highland tower pun still senyap ja, dah nk balik pun senyap lagi.
so kitaorg x kisah la.
dah kitaorg turun, kitaorg pergi lepak kat satu kedai mamak ni.
dah mamak ambik order member aku si Afiq yg senyap ni x order apa2. pelik sungguh perasaan kami semua.
selalunya dia fevret la nasi mamak ni.
sebelum air yg kitaorg order sampai. phone cousin aku berbunyi.
yg call tu member kitaorg Afiq yg senyap tu.
then cousin aku tanya Afiq ni, “knapa ko call aku ni?”
afiq ni tgok cousin aku pastu pandang bawah.
cousin aku pon jawab la call tu.
alangkah terkejutnya cousin aku apabila afiq ni cakap.
“korang kat ne? knapa korang balik tinggalkan aku?” siap maki2 lagi.
cousin aku cakap kat kitaorg ” geng, Afiq kat highland tower lagi la.” yg sebelah kau ni bukan Afiq.
x sempat order kitaorg sampai, kitaorg chow, si Afiq hantu ni pun follow naik kereta sampai highland tower.
bayangkan time dalam kereta siap bau wangi2 lagi,bau kemenyan lagi, dalam hati jgn cakap la, doa macam2 baca, berbuih mulut2.
sampai highland tower, si afiq hantu turun kereta dah jalan 5-6 langkah mcm tu, terus ghaib. then the real Afiq sampai, cousin aku tarik tangan Afiq ni masuk kereta turun terus pergi kedai mamak tadi.
sampai kedai mamak td, baru real Afiq tahu kisah sebenar.
pergh. itulah pengalaman pertama dan terakhir aku ke highland tower

bangunan yg masih teguh sehingga kini & banyak menyimpan RAHSIA tersendiri

sumber : http://hazis.wordpress.com/about-me/tragedi-highland-tower/

Jutaan Terima Kasih =D







Assalamualaikum ... haii selamat petang :) wah sangat best td tengok RunningMan +TV2  ... hee umah anis ni xada astro jd dpt tengok RunningMan kat tv2 pun dah best .. huhu nak tgk online pulak line internet laju lagi semut berlari -.- wahh sakit hati anis ni :'(  .. sebenarnya tujuan anis tulis entry ni adalah untk mengucapkan Jutaan Terima Kasih kpda rakan blogger krna sudi singgah blog anis yg buruk serta hodoh ni ... serta anis nak mnta maaf lah sebab anis xboleh nak buat kunjungan balas sebab line internet .. sepp sepp :'( smua kunjungan atas Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida ... wahh GA tu dah habis dan sekarang ada smbungan yg kedua pulak .. yg second ni pun agak sukar anis nak join .. sedihnyaaaaa :( maaf
I LOVE BLOG QUEEN TYPO