Assalamualaikum .hee mesti ada yang dah tahu pasal AssignJobs ni kan ? mesti semua da tahu la .mula2 memang banyak la entry blogger pasal AssignJobs tapi anis buat xheran lg ecece berlagak la ni xnak join la kena post kat fb pulak tu *seram nihh .tapi bila semalam hati ni mula tertarik pulak :D hee ngada je .dah la bila kita Sign Up pun kita dah dapat dah income dia $2.00 .anis ada baca entry Cik Fie semalam dia kata $2.00 ni duit dolar .so kalau duit dolar $2.00 kita darab dengan 3 ? wahh banyak x ? kira sendiri k .matematik darjah satu je tu xakan xtahu pulak kan ?? heee .anis baru share 2 Jobs dan dah income $2.65 .kalau nak cashout jumlah duit mesti $30.00 dan ke atas .kalau bawah $30.00 tu memang la xboleh ya !so jum la reramai menjoinkan diri masuk AssignJobs ni ya .k bye :)
Sinopsis Novel Hello mr.Perfect !
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya,
Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada
pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia
terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna
sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada
seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua
TIADA
PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga
diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu
berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana
hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran
Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan
dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
Sinopsis Novel Suami Aku Ustaz !
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun .Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan dia , apa lagi yang dia boleh buat ?
"Kami nak satukan kamu denagn Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekkah."
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila 'TIDAK' bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada .Dan dia pula tidaklah pernh terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga .Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia ?
"Dia itulah ustaz di sekolah aku.Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya .Hendak dikatakan handsome,seestinya tidak .Pada aku ,dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku .Tetapi , kalau sudah ramai yang hendak mengisi borang masuk 'Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak ?Aduh ! Tidak pasal jadi kepunyaan aku pulaa."
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema ? Tapi skema ke dia kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar ?
"Cuma aku harap , kahwin ini bukan bermakna hidup aku berakhir .Well , kau tahulah kan .Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula .Mana nak belajar, nak kerja .Aku harap,everything is going to be well."
Alisa. Cita-citanya setinggi langit , cintanya masih belum pernah berputik .Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua ?Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuat cita-citanya kesampaian ?
*wajib baca novel ni :) superb sangat. perangai sang suami yang bergelar ustaz pun xseperti ustaz kerana sikapnya yang selalu menyakat Alisa .


