Berkelah di Teluk Batik, Lumut





Assalamualaikum , pada hari ahad yang lepas Anis dan keluarga pergi berkelah di Teluk Batik yang terletak di Lumut Perak .. Kami bertolak lebih kurang pukul 12 tengahari sebab nak masak makanan dulu dan tunggu kakak balik dari meniaga dari Memory Lane *sesiapa nak dapatkan sabun pencuci baju dengan harga yang murah dan wangi ,boleh cari kami di Memory Lane Ipoh setiap ahad yaa .. hihi /..







Sesampai je kami kat sana , terus cari tempat nak menapak duduk .. Memang ramai sangat orang hari itu orang yang perangai macam beruk pun ada kat situ .. Kami pun memang dah kelaparan sangat sebab tak makan tengahari lagi .. Sampai pun jam dah pukul 2 petangkan ?? so faham sendirilah azabnya .. Dah dapat tempat berkelah tu , kami pun bukalah tikar dan siapkan makanan untuk dimakan .. Kakak ipar masak nasi ayam ,sandwish ,sup ayam .. Fuhh dah makan tu kenyang ya ampun ..

dah kenyang semua terjun laut !! wuhuuu


 Bila perut dah kenyang aipp bukan nak tidur pulak ya ..apalagi ?? Jom terjun lautlah ..  Anak saudara dulu yang terjun laut lepas itu diikuti oleh bapa budak dan mak budak .. hehe abah dan abg ipar pergi mancing dekat tepi-tepi batu sana tu .. Ombak pun kuat juga haritu , mungkin sebab hari nak hujan. Macam-macamlah perangi budak-budak ni buat .. ada yang lemas kena pukul ombaklah , ada yang tertido bila naik pelampung dengan bapa saudaranya .. hahaha seronoknya haritu.. Dalam pukul 5 kami bertolak balik Ipoh sebab hari nak hujan .. Tapi sebelum tu singgah makan Satay Bota tu dekat Titi Gantung .. The best satay ever .. Kami sekeluarga memang akan makan satay kat situ kalau balik dari Lumut .. Hari hujan jadi semua jadi lapar.. haha habis satay 150 cucuk tu kami sekeluarga bedal .. muahaha


TAPI yang paling tak seronok bila ada geng-geng motor yang perangai dah macam $%%#% !! Tolonglah hormat sikit ketenangan orang lain .. Orang datang nak berkelah nak tenangkan fikiran , nak bersuka ria bukannya nak dengar bunyi motor awk yang bingit tu .. Kalau setakat nak dengar bunyi macam tu kat IPOH tu berlambak ya .. Kalau setakat 15 minit bolehlah tahan tapi sampai 2jam awak memekak dengan motor awak tu apa awak nak banggakan ???


Salam Aidilfitri, Salam Kosong-kosong ...




Assalamualaikum .. Salam Aidilfitri kepada yg mengenali anis .. Alhamdulillah harini dah masuk hari yang ke-15 Syawal .. Sudah 15 hari Ramadhan meninggalkan kita , tahun ini merupakan Ramadhan dan Syawal pertama sebagai tunangan orang dan mungkin Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai tunangan .. tsk tsk hati rasa sayu sangat tapi excited pun ada .. Macam-macam perasaan yang hadir .. Raya tahun ni macam-macam perkara yang berlaku .. Lebih kurang 15 hari sebelum Syawal kita dikejutkan dengan peristiwa  pesawat MH17 .. Takziah diucapkan kepada mangsa & keluarga mangsa .. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ..

Merajuk ??



Assalamualaikum ... hampir dua bulan dah anis tak hupdate blog . . anis pun tak tahu kenapa anis tak update .. mungkin malas menulis atau malas nak memikir .. mungkin masih lagi merajuk dengan blog kesayangan ni ..



mohon terliur :P
Sebenarnya anis sibuk uruskan bisnes kecil-kecilan anis ni .. hihi Alhamdulillah mendapat sedikit sambutan yang amat meyenangkan hati anis sampai anis tak kuasa nak layan blog ni .. ayat mintak kaki  .. anis buat cruncy choco takda DNA BABI ok  ..
I LOVE BLOG QUEEN TYPO